ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } EJAT RIDZUAN: REHLAH UKHWAH MAHABBAH

EJAT RIDZUAN

EJAT RIDZUAN

Sunday, 24 June 2012

REHLAH UKHWAH MAHABBAH

assalamualaikum semua !!
=D
alhamdulillah.. kita masih bernafas diatas muka bumi ciptaan ALLAH S.W.T yang indah nie..

pada tarikh 23.6.2012, bertempat di Pantai Puteri...
aku ada join 1 aktiviti anjuran kelab BADAR.. 
stands for Badan Dakwah dan Rohani..
BADAR nie merupakan satu kelab yang aktif di UTeM nie..
sebenarnya, BADAR nie adalah satu kelab yang bagus.. mengajar kita lebih mengenal ISLAM.. saling berkongsi pandangan dan pendapat mengenai ISLAM dan isu-isu semasa yang berkaitang dengan masyarakat terutama golongan pelajar...

aku tertarik dengan aktiviti yang dijalankan..
masa mula-mula sampai tu, aku ingatkan kitaorang semua akan berseronok sahaja..
pada pukul 7.30 pagi, kai semua berkumpul then naik bas..
sampai kat sana lebih kurang pukul 8.30 macam tu la..
kami diberi sedikit taklimat dan seterusnya bersarapan..

aktiviti pertama yang dijalankan ialah membuat layang2 mengikut kreativiti masing2.. asalkan layang2 tu boleh naik..
kami dibahagikan kepada 8 kumpulan.. 
4 kumpulan muslimin dan 4 kumpulan muslimat..

eh2.. !!!
sebelum tu aku ada satu benda nak bagi tahu nie..
macam yang aku tulis kat atas tadi, BADAR nie adalah satu kelab yang ditubuhkan untuk membantu kita lebih mengenal ISLAM...
yang menariknya, aktiviti kami tadi dihadiri oleh dua orang non-muslim..
hah !! jangan buat muka terkejut kera tu.. ye.. betul..
masa Teha bagi tahu aku pun, aku macam nak percaya tak nak percaya je..
tapi alhamdulillah, ALLAH memudahkan segalanya...

malangnya, layang2 kumpulan aku tidak berjaya dinaikkan.. 
tapi, aku semua tidak berputus asa.. hehehe =)
rupa2nya, ada sebab kenapa kami diberikan aktiviti membuat layang2..
kawan2, hidup kita umpama layang2...
kalau tiada tali yang panjang, angin yang kuat mesti layang2 tu tidak akan naik..
begitulah kehidupan kita.. 
cabaran dan dugaan yang datang tu umpama angin yang kuat..
layang2 kita mungkin akan terkoyak ataupun tetap teguh walau dipukul angin..
ujian yang diberikan dapat diatasi jika kita mempunyai pegangan yang kuat..

selepas itu, kami membaca al-Mathsurat bersama2..
then, kami semua dikumpulkan untuk diberitahu apa aktiviti seterusnya..
kami adakan permainan bola sepak pantai !!
yang bestnya, kami akan jalankan aktiviti ini dengan dua versi...
versi pertama ialah bermain dengan mata yang tertutup dan versi yang kedua ialah bermain dengan mata yang celik..
alhamdulillah, group aku menang dengan jaringan 6-1..
3 gol dijaringkan oleh aku dalam keadaan mata yang tertutup..
hehehehe =D

selepas itu, kami diberi sedikit pengisian tentang apa yang terjadi di SYRIA sekarang..
jatuh airmata aku bila aku mendengar cerita yang disampaikan oleh rakanku..
ada sekumpulan kanak2 yang sedang berlari..
wartawan ini terpandang seorang budak kecil dikalangan kanak2 itu..
astagfirullah hal azim !!!
kanak2 itu kudung kedua2 tangan dan buta sebelah matanya..
wartawan itu memanggil kanak2 itu untuk bertanya sesuatu

wartawan : adik, berapakan umur mu ??
adik : aku berumur 9 tahun..
wartawan : bagaimanakah kamu menghadapi kenyataan ini ??
adik : tiada apa yang dapat aku ucapkan melainkan alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah..
wartawan : tidakkan kamu merasa sedih ??
adik : aku bersyukur walaupun aku kehilangan tanganku, aku masih mempunyai kakiku... lagipun, tangan aku ini sedang menunggu aku di syurga..
wartawan : bagaimana dengan matamu pula ??
adik : tuan, aku bersyukur kerana masih lagi boleh melihat dengan sebelah mata.. ada lagi yang lebih teruk dari aku kerana mereka langsung tidak boleh melihat.. dan aku berdoa agar ALLAH mengekalkan mataku yang sebelah ini agar aku dapat melihat kemenangan ISLAM !!

ALLAHUAKBAR !!! 
bayangkanlah, adik tu baru berusia 9 tahun..
tapi, imannya tetap teguh walaupun diuji sebegitu berat..
tak terbayang sakit yang terpaksa adik tu lalui.. 
tak tertanggung kesedihan yang dialami..
hakikat yang dia harus terima ialah tidak sempurna anggota badan sehingga dia meningga dunia..
astagfirullah hal azim..

aku rasa kerdil.. kerdil yang teramat !!
ujian yang tidak seberapa pun aku sudah mengeluh..
belum lagi aku diuji dengan dugaan yang berat.. 

YA ALLAH, Kau selamatkanlah sahabat2 kami di bumi SYRIA..
Kau lindungilah mereka YA ALLAH !!
Kau berikanlah kekuatan untuk terus bertahan demi menegakkan keadilan...
amin ya rabbal alamin !!





JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

No comments:

Post a Comment