assalamualaikum semua !!
=D
korang semua sihat ke ?? alhamdulillah !!
entry kali nie, aku akan luahkan perasaan aku setelah dihentam teruk oleh seorang sahabat yang sangat aku sayangi..
kawan, kalau hang baca entry aku nie, aku nak mintak maaf..
bukan niat aku nak mengungkit atau memperbesarkan cerita..
cuma kata2 hang menbuatkan aku down..
aku down sangat !! =(
anyway, terima kasih kerana mengatakan pendapat hang tentang aku..
aku tau aku tak sempurna..
aku bukan seperti gadis lain yang gemar berfesyen..
yang mengikuti perkembangan fesyen semasa..
ya !! aku buta fesyen..
kalau keluar lepak dengan kawan2 yang lain, aku hanya pakai jeans, jersi/tshirt dan tudung..
untuk nampak feminin, aku gayakan dengan beg tangan..
ya !! aku memakai jersi..
hakikat yang hang perlu tau kawan, jersi aku lagi banyak dari blaus, kemeja atau apa sahaja yang gadis zaman sekarang inginkan..
tak semestinya hang dengan aku berkawan rapat, hang boleh menyakitkan perasaan aku..
aku faham hang tak suka cara aku berpakaian..
tapi tu lah aku.. kenapa aku perlu jadi orang lain ??
aku selesa begini..
aku mengaku...
pernah aku mencuba untuk bergaya feminin..
tapi aku tak selesa..
aku memakai skirt labuh, pashmina, high heel.. sebut sahaja aku dan cuba semuanya..
tapi bila aku memakai pakaian sebegitu, aku tak ceria..
keyakinan aku hilang.. aku rimas !!!
kawan, kalau hang betul2 kawan aku yang sejati, kau sepatutnya terima aku seadanya..
salah aku ka kalau potongan badanku tidak menarik ??
salah aku ka kalau aku tidak cantik ??
salah aku ka kalau aku tidak menarik ??
aku perempuan !!
aku juga seperti mereka yang lain ingin kelihatan cantik, bergaya..
tapi aku adalah aku !!
No comments:
Post a Comment