ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } EJAT RIDZUAN: June 2012

EJAT RIDZUAN

EJAT RIDZUAN

Friday, 29 June 2012

MATI ITU PASTI

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh !!
(+_+)

hari nie jumaat kan ??
kaum adam sibuk menyiapkan diri untuk menunaikan kewajipan..
kewajipan apa tu ek ??
pandai !! SOLAT JUMAAT...

memandangkan tak ada kelas, so aku boring la.. 
(bajet macam rajin ke kelas ja )
aku rajin la weyh !!!

aku ada satu benda nak share dengan korang semua..
MATI
korang tahu kan apa itu mati..
kematian adalah saat yang memisahkan kita dengan dunia nie.. 
tapi kematian adalah saat dimana kehidupan akhirat kita bermula..
tiba2 aku teringat pasal satu lagu nie..
cuba tengok bawah !!


kumpulan Far East
tajuk : Menanti Di Barzakh

ada satu ayat dalam lagu nie yang buat aku sedar..

"ajal yang datang dimuka pintu..
tiada siapa yang memberitahu..
tiada siapa pun dapat hindari..
tiada siapa yang terkecuali.."

kita tidak tahu bila kita akan meninggal dunia..
kita kena bersedia..
amal ibadat kita dah cukup ke untuk mengadap ALLAH S.W.T ??
menangis air mata darah sekalipun, kita tidak akan hidup untuk kali kedua...
manfaatkan anugerah ALLAH yang paling besar ini dengan sebaiknya..

peneman yang paling setia bila disana nanti ialah amalan yang pernah kita lakukan didunia..
sebab dunia hanyalah persinggahan sementara sebelum kita melangkah ke alam yang abadi..
mengikut ISLAM, kita melalui 4 alam..
alam roh..
alam rahim..
alam dunia...
dan alam barzakh...
sedar tak sedar, kita sekarang berada di alam yang ketiga..
semakin dekatnya kita dengan alam barzakh..
astagfirullah hal azim..
takut bila aku ingat pasal mati nie..

aku pernah dengar satu quote nie..

setiap hembusan nafas itu mendekatkan kita dengan kematian..

p/s: mati tu wajib sayang... kumpul lah pahala dan tinggalkanlah dosa..
kita tak tahu bila ajal akan menjemput.. 
yang penting kita kena bersedia..
insyaALLAH !!



JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

Tuesday, 26 June 2012

PENYEKAT PERUBAHAN

assalamualaikum semua !!
(+_+)

smiley aku tu macam lain sikit kan this time ?? 
see ?? kelainan aku la tu untuk entry kali nie..
kali nie aku nak cerita tentang orang yang menyekat perubahan orang lain..

people changed right ??
(tengok.. kan aku dah speaking nie)
kenapa la orang2 melayu kita nie cetek sangat pemikiran ??
jelez ke orang tu nak berubah mak senah ??
mengumpat belakang je tahu kan...
kubur dah cakap mari tu mak senah..

pemikiran orang kita yang tak boleh terima perubahan..
ok la.. aku bagi situasi yang korang boleh faham sikit...
ape tu sikit ?? alaaa... yang sikit tu sikit la.. =D
(lawak ke der pun nak interframe jugak)

SITUASI A
si minah nie seorang gadis yang terlampau kebaratan.. baju semua stok tampal2 je..
tak pernah nak cukup kain tu.. dia punya seksi tu sampai AJK masjid yang yang lalu pun terliur je tengok..
ada je yang kena amik wuduk sekali lagi.. 
oppssss !!!
tapi tu cerita 2 minggu lepas la..
sekarang nie alhamdulillah, dah tertutup semuanya.. 

mak kiah : eh senah.. (mak senah memang suka masuk entry aku kali nie).. aku tengok si minah tu dah bertudung.. mula2 tu aku pun tak kenal.. terkejut belalang aku tengok..
mak senah : laaaaaaa... (panjang tu memang mintak penampar la).. ye ke ?? aku tak tahu pun... bila kamu nampak ?? kat mana tu kiah oii ??
mak kiah : semalam.. aku jumpa dia dekat warung Pak So'od.. tertutup satu badan.. mula2 aku ingatkan anak dara siapalah yang alim sangat tu.. baru nak jodohkan dengan si Masdud tu..
mak senah : eh.. kau nie kiah.. Masdud tu tahulah nak atur hidup sendiri.. sekarang zaman Samsung la.. dah tak da orang pakai Nokia sekarang nie..
mak kiah : hehe.. dah2.. agak2 kau la senah, kenapa la si minah tu berubah macam tu ?? dah nak kahwin ke ?? 
mak senah : mana la aku tahu kiah.. entah2 saja pakai baju besar bertutup bagai sebab nak tutup perut boyot tu... kau bukan tak tahu si minah tu.. 
mak kiah : betul jugak.. mustahil dia boleh berubah ka.. kalau jahat tu, jahat jugak la macam mana pun..

minah says 
"Ya Allah, Kau tetapkan lah hatiku kearah kebaikan.. Kau bimbinglah aku ke jalan yang Engka redhai..
Kau ampunkanlah segala dosa2 ku.. amin Ya Rabbal Alamin"

tengok ??? 
kita nie tak tahu apa ada dalam hati seseorang.. tak payah la judge bagai nak rak..
kita bukan tahu pun apa yang jadi dekat dia.. maybe Allah sayang dia and nak dia berubah.. 
sepatutnya, kita cermin diri kita.. dah cukup istiqamah ke kita nie ??
dah cukup bekal ke nak bawa pergi sana nanti ??

p/s : kepada mak senah dan mak kiah, bertaubatlah anda sebelum terlambat.. nanti si minah nie juga nak meramaikan majlis kenduri arwah anda berdua .. 
=D


JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

Sunday, 24 June 2012

THE GREATEST LOVE

assalamualaikum semua sahabat2 ku yang disayangi...
=)
sementara nak tunggu azan maghrib berkumandang, aku rasa eloklah kiranya aku meng"update" blog aku sekejap...
cewaaahhhhh !!
(ayat kau memang tak boleh blah cik ejat oi...)
the heart say "whatever".. haaahh.. gitu...

sebenarnya, aku terbaca satu quote kat facebook..
konon-konon tulis macam nie la..

"dear heart, why must you love someone that does'n love you ?? ALLAH loves you very much..
so, why dont you love Him back ?? im sure u'll be very happy until Jannah !!"

seriously, that very true...
kenapa kita perlu bazirkan kasih sayang dan rasa cinta kita kepada orang yang tak sepatutnya..
cinta kepada Allah adalah yang sebaik2nya..
cuba tengok Rabiatul Adawiyah..
dia sangat takut untuk berkahwin....
dia takut rasa cintanya kepada Allah akan berkurang sekiranya dia mempunya suami..
Subhanallah !!

zaman sekarang nie..
ayat semua tak boleh blah..
stok2 jiwang karat..

kau la segalanya sayang..
akan ku petik bintang dan kubawakan bulan kepadamu..
kau lah cinta matiku


haaaakkk tuuiihhhh !!!
sembang boleh la bro...
ayat uh kalau bagi kat semut, boleh mati semut tu..
terlalu manis..
orang kalau makan benda manis2, then kena kencing manis...
bahaya untuk kesihatan !!
jangan jadi pembunuh ye..

ape tu yang stacy cakap uh..
pencabul kalbu..
gila gempak !!
HAHA












JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

REHLAH UKHWAH MAHABBAH

assalamualaikum semua !!
=D
alhamdulillah.. kita masih bernafas diatas muka bumi ciptaan ALLAH S.W.T yang indah nie..

pada tarikh 23.6.2012, bertempat di Pantai Puteri...
aku ada join 1 aktiviti anjuran kelab BADAR.. 
stands for Badan Dakwah dan Rohani..
BADAR nie merupakan satu kelab yang aktif di UTeM nie..
sebenarnya, BADAR nie adalah satu kelab yang bagus.. mengajar kita lebih mengenal ISLAM.. saling berkongsi pandangan dan pendapat mengenai ISLAM dan isu-isu semasa yang berkaitang dengan masyarakat terutama golongan pelajar...

aku tertarik dengan aktiviti yang dijalankan..
masa mula-mula sampai tu, aku ingatkan kitaorang semua akan berseronok sahaja..
pada pukul 7.30 pagi, kai semua berkumpul then naik bas..
sampai kat sana lebih kurang pukul 8.30 macam tu la..
kami diberi sedikit taklimat dan seterusnya bersarapan..

aktiviti pertama yang dijalankan ialah membuat layang2 mengikut kreativiti masing2.. asalkan layang2 tu boleh naik..
kami dibahagikan kepada 8 kumpulan.. 
4 kumpulan muslimin dan 4 kumpulan muslimat..

eh2.. !!!
sebelum tu aku ada satu benda nak bagi tahu nie..
macam yang aku tulis kat atas tadi, BADAR nie adalah satu kelab yang ditubuhkan untuk membantu kita lebih mengenal ISLAM...
yang menariknya, aktiviti kami tadi dihadiri oleh dua orang non-muslim..
hah !! jangan buat muka terkejut kera tu.. ye.. betul..
masa Teha bagi tahu aku pun, aku macam nak percaya tak nak percaya je..
tapi alhamdulillah, ALLAH memudahkan segalanya...

malangnya, layang2 kumpulan aku tidak berjaya dinaikkan.. 
tapi, aku semua tidak berputus asa.. hehehe =)
rupa2nya, ada sebab kenapa kami diberikan aktiviti membuat layang2..
kawan2, hidup kita umpama layang2...
kalau tiada tali yang panjang, angin yang kuat mesti layang2 tu tidak akan naik..
begitulah kehidupan kita.. 
cabaran dan dugaan yang datang tu umpama angin yang kuat..
layang2 kita mungkin akan terkoyak ataupun tetap teguh walau dipukul angin..
ujian yang diberikan dapat diatasi jika kita mempunyai pegangan yang kuat..

selepas itu, kami membaca al-Mathsurat bersama2..
then, kami semua dikumpulkan untuk diberitahu apa aktiviti seterusnya..
kami adakan permainan bola sepak pantai !!
yang bestnya, kami akan jalankan aktiviti ini dengan dua versi...
versi pertama ialah bermain dengan mata yang tertutup dan versi yang kedua ialah bermain dengan mata yang celik..
alhamdulillah, group aku menang dengan jaringan 6-1..
3 gol dijaringkan oleh aku dalam keadaan mata yang tertutup..
hehehehe =D

selepas itu, kami diberi sedikit pengisian tentang apa yang terjadi di SYRIA sekarang..
jatuh airmata aku bila aku mendengar cerita yang disampaikan oleh rakanku..
ada sekumpulan kanak2 yang sedang berlari..
wartawan ini terpandang seorang budak kecil dikalangan kanak2 itu..
astagfirullah hal azim !!!
kanak2 itu kudung kedua2 tangan dan buta sebelah matanya..
wartawan itu memanggil kanak2 itu untuk bertanya sesuatu

wartawan : adik, berapakan umur mu ??
adik : aku berumur 9 tahun..
wartawan : bagaimanakah kamu menghadapi kenyataan ini ??
adik : tiada apa yang dapat aku ucapkan melainkan alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah..
wartawan : tidakkan kamu merasa sedih ??
adik : aku bersyukur walaupun aku kehilangan tanganku, aku masih mempunyai kakiku... lagipun, tangan aku ini sedang menunggu aku di syurga..
wartawan : bagaimana dengan matamu pula ??
adik : tuan, aku bersyukur kerana masih lagi boleh melihat dengan sebelah mata.. ada lagi yang lebih teruk dari aku kerana mereka langsung tidak boleh melihat.. dan aku berdoa agar ALLAH mengekalkan mataku yang sebelah ini agar aku dapat melihat kemenangan ISLAM !!

ALLAHUAKBAR !!! 
bayangkanlah, adik tu baru berusia 9 tahun..
tapi, imannya tetap teguh walaupun diuji sebegitu berat..
tak terbayang sakit yang terpaksa adik tu lalui.. 
tak tertanggung kesedihan yang dialami..
hakikat yang dia harus terima ialah tidak sempurna anggota badan sehingga dia meningga dunia..
astagfirullah hal azim..

aku rasa kerdil.. kerdil yang teramat !!
ujian yang tidak seberapa pun aku sudah mengeluh..
belum lagi aku diuji dengan dugaan yang berat.. 

YA ALLAH, Kau selamatkanlah sahabat2 kami di bumi SYRIA..
Kau lindungilah mereka YA ALLAH !!
Kau berikanlah kekuatan untuk terus bertahan demi menegakkan keadilan...
amin ya rabbal alamin !!





JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

Sunday, 17 June 2012

ABAH

assalamualaikum semua !!
=DD

hari nie aku tulis 2 entry.. 
hah amik !!! HAHA

first of all..
HAPPY FATHER DAY !!

to my abah, Muhamad Ridzuan Ariffin..
selamat hari bapa !!
=D

see?? walaupun aku dah 19, still aku didukung...
thats the beauty of being your one and only daughter, abah !!

terima kasih kerana menyempurnakan hidup ini..
terima kasih kerana sabar melayan kerenah anakmu ini..
terima kasih diatas kasih sayang yang tidak pernah berbelah bagi..
terima kasih diatas setiap titisan peluh demi untuk memberi sesuap nasi kepada diriku..
aku bersyukur kerana mempunyai seorang ayah seperti mu..

ABAH !!
I LOVE YOU !!




JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

FIRST WEEK

assalamualaikum semua !!
=D
jam menunjukkan pukul 2.43 pagi...
yup.. aku masih berjaga, sedar dan of coz masih waras...
penat pergi shopping tadi..

"mentang2 lah duit ptptn dah masuk... kau joli sakan ye minah ?? berjimatlah !!"

halooo !! aku shopping guna duit gaji la..
pemat2 aku kerja siang malam membanting tulang...
wahhh !! nampak tak permainan kat situ ??

sepanjang seminggu aku melalui sem 3 nie, alhamdulillah semua berjalan dengan lancar..
cuma aku homesick sikit...
ye la kan... dua bulan dengan keluarga..
tetiba je kena datang sini..
nak buat macam mana kan ?? tanggungjawab jugak nie..

kolej kediaman aku kali nie terletak kat Taman Tasik Utama 2..
tak ada la jauh sangat dengan kolej masa tahun 1...
sendawa pun boleh dengar la..
kolej aku nie kat kawasan perumahan..
rumah berkembar dua tingkat..
selesa ?? hummm !! sangat selesa !!

ada 4 bilik..
bilik aku kat tingkat bawah.. kat atas ada  3 bilik..
dua bilik dua orang dan dua bilik 4 orang..
maknanya, satu rumah ada 12 orang.. ramaikan ??
pheewww~~
tapi, housemate aku memang gempak gila !!
best sangat !!
aku sebilik dengan zera a.k.a nenek aku...
marlene, bella zulkifly, waniey and fisya sebilik..
amal and haifa sebilik..
mimi, bella, DJ, and teha sebilik..

nanti aku masukkan pic budak2 umah aku k..
semuanye comel2 belaka !! 
=D =D

kelas pada first week macam biasalah... banyak yang cancel..
tu yang menyebabkan kami semua bosan..
kedai makan pun jauh..
huhuhu

nie je la kot yang dapat aku cerita kali nie.. 
ye la.. baru first week kan.. tak ada benda nak cerita sangat... 
insyaAllah, next entry aku akan tulis pasal something yang more interesting k..
bubye !!!
(^_^)




JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

Friday, 15 June 2012

PENGARUH BURUK

assalmaualaikum kawan2 !! 
=D 

"apesal minah nie suka buat smiley je bila lepas bagi salam??"

wahh !! overnya kau mak timah...
aku nak bagi sedekah la..
senyum tu kan sedekah ...
haishhhh !!!

"apesal semenjak dua menjak nie rajin pulak minah nie update blog dia ??"

ehh2.. =.=''
aku pun pelik jugak kenapa aku suka update blog nie..
mungkin sebab banyak benda aku nak share, cerita...
mungkin juga sebab aku bosan, sunyi, sepi, sebak...
chupppp !!!
dah terlebih dah...
HAHA !!

aku suka dengar radio..
dengar lagu2 yang terbaru, lama, retro pun aku layan..
lagu ape tu..
hah !! lagu Jeffrydin.. Masmona..
hehehehe~~

lagu zaman sekarang nie pelik..
aku pun kadang2 tak faham sangat lirik dia tu..
seriously, saat nie lagu yang paling aku benci ialah lagu Adele.. Rumourhazard !!
eeewww~~ benci nyewww !!

aku nie memang bukan orang yang berseni tapi at least aku tahu jugak la nak beza antara yang sedap didengar or yang tak layak didengar...
lagi satu, kes artis2 dan para selebriti nie...

ape faedahnya golongan artis nie kepada negara kita ???
diaorang nie bantu ke rakyat2 yang susah ??
diorang nie mengharumkan nama negara ke ??
(ada la sesetengah )

sedih aku tengok.. 
gambar2 artis yang tak cukup kain pun dipaparkan kepada bahan bacaan umum...
nie yang bawa kepada ikutan yang negatif..
berpegangan tak kira kat mana.. tidur sekatil..
jangan menghalakan benda yang haram.. 
dan jangan guna itu sebagai alasan bekerja..

"saya melakukan aksi itu diatas tuntutan kerja.. itu hanyalah watak yang saya mainkan dalam cerita ini.. "

hello bro, sis, pakcik, makcik !!
yang haram tetap haram tak kira apa pun alasan..
dalam hidup kan kita diberi pilihan?? 
pilih la jalan yang betul..
lagipun, kalau tolak tawaran tu, insyaAllah ada lagi tawaran yang lebih baik kepda anda semua...
rezeki bukan terletak di tangan produser2, penerbit2, pengarah2,,,

pakaian tu melambangkan bangsa dan yang paling penting melambangkan agama..
aku nie bukanlah arif sangat soal agama..
tapi sejak kecik lagi, kita sebagai orang perempuan wajib menutup aurat..
yang artis2 nie dedah sana dedah sini.. tak malu ke ??

oppsss !! sebab diaorang tak malu la diorang berani dedah merata kan ??
semakin teruk sangat kes yang melibatkan artis..
kes dadah, kes khalwat, kes tipu, minum arak, kes cerai berai..
bila kahwin buat majlis mengalahkan anak raja je..
korang tu artis je kot...

tapi, alhamdulillah.. semakin ramai artis yang dah mula insaf dan sedar akan tanggungjawab agama..
tahniah saya ucapkan.. =D
kekalkan istikhamah ya...

kalau ada artis yang tetiba je terbaca blog nie, renungilah ye...
(perasan seyhh minah nie ada artis nak baca blog dia !! =.='' )
niat saya cuma nak menegur..
pada korang semua yang membaca, renungkan lah..
adioosss amigosss !!!







JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

Thursday, 14 June 2012

MASALAH ?? LETS FACE IT !!!

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh !!
=D =D =D

sangat happy hari nie sebab boleh share cerita ngan kawan saya...
thanks dear coz dengar cerita hati..
HAHA 
Bella, lega boleh cerita kat kau pasal kesengsaraan aku..
but, keep it secret ya..

moral of the story yang aku dapat hari nie ialah luahkan masalah dengan orang yang kita boleh percaya..
masalah yang dialami memang tidak akan hilang jika kita bercerita..
tapi, ia boleh mengurangkan beban yang kita tanggung..
terasa lega sangat... =D

masalah yang kita hadapi ialah salah satu ujian yang ALLAH berikan kepada kita..
ingat !!!
ALLAH tidak akan uji kita jika kita tidak mampu hadapi..
jangan lari dari masalah...
face the problem..
INSYAALLAH, ALLAH akan bantu kita..

lagipun, masalah tu lah yang mematangkan diri kita kan ??
betul tak ??
lebih baik kau angguk je mak jemah...

hell yeah !!! =D



JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

Wednesday, 13 June 2012

PRS

assalamualaikum semua !!
HAHA =D

alhamdulillah....hari yang bosan berjaya dilalui dengan tabah dan cekal..
aku baru je balik dari kelas PRS...
PRS uh apa ??
PRS stand for Pembimbing Rakan Sebaya/Siswa..

 dalam kelas tu tadi, kami dibahagikan kepada 5 kumpulan.. 
satu kumpulan ada 10 orang ahli..
aku kumpulan kedua..

kumpulan aku diberi nama BUAI LAJU LAJU !!
gila gempak kan nama group kiteorang..
hehe..  hasil cadangan Usop..
then, kami buat pemilihan ketua..
Baim dipilih sebagai ketua dan aku dipilih sebagai penolong ketua...
alhamdulillah...
identiti group kami ialah semut api..

meh aku terangkan apa sebalik semut api tu..
ok.. semut memang dikenali sebagai haiwan yang mementingkan kerjasama..
memandangkan kami satu kumpulan,so, kami pun decide semut tu identiti kami..
untuk nampak lebih garang, kami tambahkan elemen api yang bermaksud membara..
logo kami pun ada api dan semut....
semut api adalah identiti kumpulan kami...
yeahh !! =D






JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

Tuesday, 12 June 2012

MERUBAH SEGALANYA

assalamualaikum warahmatullah hiwabaratuh !!

aku mulakan cerita dari awal k...
aku blogwalking tadi..  then, aku baca satu blog pasal love after marriage...
aku tertarik.. 
betul apa  yang blogger uh cakap..
jodoh kita telah ditetapkan sejak kita didalam perut lagi..
bila aku fikir2 balik, sepanjang 19  tahun and to be exact,sepanjang aku kenal apa itu COUPLE..
aku rasa aku dah buang masa aku dengan benda2 yang tak sepatutnya..,
maksud aku, benda tu dah ditetapkan.. macam mana kita buat pun,  benda  tu tak boleh diubah..
i mean, siapa jodoh kita..
bukankah maut, ajal. rezeki, jodoh tu rahsia  ALLAH S.W.T ??

i can't bear to face another heartbroken..
cukuplah apa yang aku dah lalui..
lagipun, umur semakin meningkat dan aku perlukan keberkatan dalam hidup aku..
apa yang mampu aku lakukan adalah berharap supaya jodoh aku adalah orang yang baik..
orang yang boleh membetulkan kesilapan aku..
yang paling penting, membimbing aku supaya lebih mengenali dan mencintai ALLAH, RASUL, dan AGAMAKU!!

fokus utama adalah berjaya  dalam kehidupan,  pelajaran dan membanggakan kedua ibubapaku..
bukankah tu sebenarnya tujuan kita dilahirkan selain dari menambah bilangan umat MUHAMMAD S.A.W??
menegakkan syiar Islam ??
membela maruah keluarga ??
insyaAllah, dengan izin ALLAH aku mampu lakukan semuatu..
aku sayangkan agamaku..
aku sayang Penciptaku..
aku sayang Rasulku,
aku sayang keluargaku,
dan yang paling penting aku sayang diri aku...

girls, seriously memang aku mengaku bercinta itu indah..
tapi kalau setakat bercinta tanpa memikirkan tanggungjawab,tanpa restu keluarga, tanpa restu dari ALLAH, hubungan yang dibina tu tak kan kemana..

aku percaya jodoh telah ditetapkan..
aku taw mesti yang baca blog aku akan fikir macam nie..

"ek eleyh minah nie.. umur baru 19.. dah gatal fikir pasal jodoh.. belajar la dulu"

ye.. memang aku terlalu muda untuk fikirkan pasal jodoh..
tapi, suatu masa nanti aku akan tetap  memiliki keluarga aku sendiri..
aku harus berdoa dari sekarang..
bukan bila nak kahwin je baru nak doa supaya dapat jodoh yang baik..
masa sekarang berjalan terlalu pantas..
aku hanya manusia biasa yang selalu mengharapkan kebaikan..

pilihan keluarga adalah yang terbaik buat aku.. 
kerana aku tahu keluargaku takkan menyerahkan aku kepada seseorang yang tidak sesuai untuk aku..
aku tahu keluarga ku nak yang terbaik buat aku..
aku percaya pada pilihan mereka..
INSYAALLAH, hidup aku akan berkat !!
AMINN !!

pada yang narrow thinking about love after marriage, please think again..
u will never know until u face it ursefl..
percaya pada QADA' dan QADAR!! 

lagipun bukankah COUPLE tu HARAM ??
=D

alhamdulillah, kesedaran yang diberikan.. siapa sangka persepsi aku tentang bercinta lepas kahwin terus berubah selepas aku terbaca dalam satu blog..
to that blogger, thank you so much..
who is  she ??
let  me keep it myself..
now, i totally believes in love after marriage..
ALHAMDULILLAH !!








JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

Sunday, 10 June 2012

MR FAHRIN AHMAD

assalamualaikum u olllsss !! 
banyak happy hari nie sebab tak sangka dapat jumpa pujaan hati..
oppsss !! REMY ISHAK tetap dihati...
tapi sejak kebelakangan nie je aku selalu terbayang FA !!

HAHA =D
nak FA jadi pakwe saya boleh tak ??
(ok... saya gedik sebentar)

bila tengok depan2 nie, cair hati mak nak..
makcik depan aku tu macam histeria ja.. 
memang happening gila !! 

tapi tu la.. aku nie siapa la kan..
dia tu FA !! HAHA 
xpe2... tak lari gunung dikejar.. 

nie pic aq ngan FA !! 
(nak pengsan)

abaikan muka aku yang memang serabut tu !!
hampa semua tengoklah betapa hensemnye dia !!
ingat nak minta no fon tadi tapi malas la nak ada skandal dengan artis !!
takut ada yang memeqati !! HAHA =D


JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

Tuesday, 5 June 2012

AKU ADALAH AKU

assalamualaikum semua !! 
=D
korang semua sihat ke ?? alhamdulillah !!
entry kali nie, aku akan luahkan perasaan aku setelah dihentam teruk oleh seorang sahabat yang sangat aku sayangi..
kawan, kalau hang baca entry aku nie, aku nak mintak maaf..
bukan niat aku nak mengungkit atau memperbesarkan cerita..
cuma kata2 hang menbuatkan aku down..
aku down sangat !! =(

anyway, terima kasih kerana mengatakan pendapat hang tentang aku..
aku tau aku tak sempurna..
aku bukan seperti gadis lain yang gemar berfesyen..
yang mengikuti perkembangan fesyen semasa..
ya !! aku buta fesyen..

kalau keluar lepak dengan kawan2 yang lain, aku hanya pakai jeans, jersi/tshirt dan tudung..
untuk nampak feminin, aku gayakan dengan beg tangan..
ya !! aku memakai jersi.. 
hakikat yang hang perlu tau kawan, jersi aku lagi banyak dari blaus, kemeja atau apa sahaja yang gadis zaman sekarang inginkan..

tak semestinya hang dengan aku berkawan rapat, hang boleh menyakitkan perasaan aku.. 
aku faham hang tak suka cara aku berpakaian.. 
tapi tu lah aku.. kenapa aku perlu jadi orang lain ??
aku selesa begini..

aku mengaku... 
pernah aku mencuba untuk bergaya feminin..
tapi aku tak selesa..
aku memakai skirt labuh, pashmina, high heel.. sebut sahaja aku dan cuba semuanya..
tapi bila aku memakai pakaian sebegitu, aku tak ceria.. 
keyakinan aku hilang.. aku rimas !!!

kawan, kalau hang betul2 kawan aku yang sejati, kau sepatutnya terima aku seadanya..
salah aku ka kalau potongan badanku tidak menarik ??
salah aku ka kalau aku tidak cantik ??
salah aku ka kalau aku tidak menarik ??
aku perempuan !!
aku juga seperti mereka yang lain ingin kelihatan cantik, bergaya..
tapi aku adalah aku !!


JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

Friday, 1 June 2012

BYE MEI

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh !!
=D =D =D
nampak dak big smile aku tu ??
haha !! happy beb !!

selamat menyambut 1 JUN ya semuanya...
sedih la pulak nak tinggal bulan MEI yang banyak kenangan nie..
 jom la recap balik apa yang aku buat sepanjang bulan nie.. =)


aku tengah menikmati keenakan cendol !! 
sedap !!



 aku dan adik2 aku menonton wayang !!
nongkrong !! 




 family holiday !!
The Carnival Sg. Petani..


 beriadah bersama kawan2 !!
HAHA !! 





 TITI HAYUN DAN KOTA MARINA!!
dlm kereta ja dah jadi gila =.='







JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN