assalamualaikum kawan2 !!
=D
armalan cuaca Cik Ejat hari ini ialah : mendung.. awan kelabu berarak !!
poyo doe minah nie.. siap ramalan cuaca bagai
amboiii amboii amboii..
sibuk apa hal ??
(marah nie marah nie)
foineee !!
hari ini aku agak tertekan sikit.. common la..
aku pun manusia biasa yang diuji...
tapi ujian kali nie berat sangat...
aku tahu Allah takkan menguji hambaNya kalau hamba itu tidak kuat menanggung ujian yang diberikan..
dalam erti kata lain, aku tahu ALLAH uji aku sebab aku kuat...
aku mampu handle problem tu..
biasalah manusia...
ada masa kita diatas, ada masa kita dibawah..
kekuatan yang aku kumpul sedikit demi sedikit..
insyaALLAH, aku kuat !!
kat bawah nie konon2 sajak la yang aku buat..
(korang kena baca dlm intonasi bersajak k..)
hasil nukilan aku =)
DIA.. tak pernah memahami jiwa remaja aku..
DIA.. abaikan aku..
DIA.. aku menangis sebab dia..
terima kasih diatas segala pengorbanan dan kasih sayang yang pernah diberikan..
sungguh, aku sangat menghargainya..
kalaulah kau dapat selami hati ini, mesti kau akan faham..
kau akan nampak luka dalam akibat perbuatan kau..
sekali.. cukuplah sekali jika kau dapat memahami gelora di hati aku..
aku mungkin menguntum senyuman. tapi aku mati di dalam..
kau bunuh jiwa dan kau biarkan kasih sayang aku mati !!
aku tahu aku bukan sesiapa pada kau..
tapi kau adalah segalanya bagi aku..
kau dulunya pembakar semangat, penguat jiwa, pelindung aku..
kini, kau tinggalkan aku sendirian mencari arah hidup..
terima kasih kerana mengajar aku berdikari untuk hidup tanpa kau..
fahamilah aku..
dekatilah aku..
bukan harta segunung yang aku pinta..
bukan segunung intan yang aku damba..
kasih sayang, perhatian.. !!
aku perlu perhatian dan kasih sayang kau..
aku perlu perhatian dan kasih sayang kau..
tapi sayang sangat...
aku kena belajar terima yang aku bukan lagi puterimu yang satu-satunya..
dia lebih kau sayang..
dia lebih kau tatang..
aku redha !!
aku terima kerana aku tahu aku harus kuat...
aku harus kuat menggalas tanggungjawab dan beban yang kau tinggalkan diatas bahu aku..
aku harus belajar terima hakikat yang aku bukan lagi kesayangan kau..
pedih !! ya aku sakit...
tapi aku belajar menyembuhkan luka aku sendiri..
aku harus bangun dan tabah dalam menghadapi hari yang mendatang..
TERIMA KASIH
p/s : setiap yang bermula pasti ada akhirnya..
No comments:
Post a Comment