ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } EJAT RIDZUAN

EJAT RIDZUAN

EJAT RIDZUAN

Sunday, 1 July 2012

PENGUAT JIWA

assalamualaikum !!
=(

ya.. aku sedih.. 
aku rindu kepada adik2 aku..
aku rindu ibu bapa ku..

tadi aku saja search gambar2 dekat google images nie..
then aku ternampak satu gambar nie...


jatuh air mata aku.. 
pengorbanan seorang abang yang sangat menyayangi adiknya..
adik nya tidur di pangkuannya...
abangnya yang mungkin keletihan jugak tidur...
subhanallah !!
aku memang mudah menitiskan airmata tiap kali aku lihat gambar seperti ini...
siapa pun dua orang budak dalam gambar nie, aku doakan mereka dirahmati dan dilindungi selalu...

macam2 yang bermain dalam kotak fikiran aku sekarang..
aku tak boleh bayangkan jika adik2 aku berada di tempat mereka..
pilu, sebak..

buat adik2 ku..
Muhamad Izzudeen, Muhamad Izdeehar, Muhamad Izzhairie..
kak sangat menyayangi korang semua !!
korang penguat semangat kak...

me and my chinta !! i love u forever chinta !!! 

penguat jiwa dan pengawal peribadi yang paling tegas !!


my litlle brothers !! 

me and adik deehar !!
seorang adik yang sangat ohsem !!

tears !!
(T_T)
sayang korang sangat2!!!
im grateful for having all of u as my brothers !!
thank you for being the greatest brothers !!
YA ALLAH, thank you because You gave me the best brothers that i could imagine !!




JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

CACAMARBA

assalamualaikum semua !!!
=D

selamat meninggalkan bulan JUN dan selamat memasuki bulan JULAI
sedar tak sedar lagi 5 bulan je nak masuk tahun 2013 !!
dan aku akan menginjak ke umur 20 !!
tua !!

HAHA
20 tu kira muda lagi la.. 
tapi berat nya nak tinggal angka 1 di depan umur aku nie..
phewww~~
life must go on right ??

aku ada ramai kawan lelaki.. 
cuba tengok pic kat bawah !!

me and afiq !! friend for ever !! =)


kat UTeM, aku amik course Mechanical Engeneering !!
memang ramai la kan kawan laki aku..
nah hamik !! HAHA 
sekuntum bunga dan 6 kumbang masa grouping manufacturing =)

nie budak2 group manufacturing aku !! 
korang best !! 

sengal ~~ 

dari kiri : aku, wadi, ifwat, pian, afi, En.Ben (lecturer paling sporting tahun 2012 !!) syafiq dan aten (akmal)


budak kelas aku !!
seksyen 1 group 1 =D

nampak dak muka kami semua ?? 
kami baik sangat !!

3 dara pingitan seksyen 1 group 1 !!
kelasss jahhh !! <3

US !! with lab coat !! 
hensem dak kami ??


mad red !! sayang dia !! HAHA 

kalau korang nak tahu, mad red nie merangkap photographer tak official aku la.. 
HAHA !!








my beloved twin !!
kami kembar lain family !! =.='


JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

Friday, 29 June 2012

MATI ITU PASTI

assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh !!
(+_+)

hari nie jumaat kan ??
kaum adam sibuk menyiapkan diri untuk menunaikan kewajipan..
kewajipan apa tu ek ??
pandai !! SOLAT JUMAAT...

memandangkan tak ada kelas, so aku boring la.. 
(bajet macam rajin ke kelas ja )
aku rajin la weyh !!!

aku ada satu benda nak share dengan korang semua..
MATI
korang tahu kan apa itu mati..
kematian adalah saat yang memisahkan kita dengan dunia nie.. 
tapi kematian adalah saat dimana kehidupan akhirat kita bermula..
tiba2 aku teringat pasal satu lagu nie..
cuba tengok bawah !!


kumpulan Far East
tajuk : Menanti Di Barzakh

ada satu ayat dalam lagu nie yang buat aku sedar..

"ajal yang datang dimuka pintu..
tiada siapa yang memberitahu..
tiada siapa pun dapat hindari..
tiada siapa yang terkecuali.."

kita tidak tahu bila kita akan meninggal dunia..
kita kena bersedia..
amal ibadat kita dah cukup ke untuk mengadap ALLAH S.W.T ??
menangis air mata darah sekalipun, kita tidak akan hidup untuk kali kedua...
manfaatkan anugerah ALLAH yang paling besar ini dengan sebaiknya..

peneman yang paling setia bila disana nanti ialah amalan yang pernah kita lakukan didunia..
sebab dunia hanyalah persinggahan sementara sebelum kita melangkah ke alam yang abadi..
mengikut ISLAM, kita melalui 4 alam..
alam roh..
alam rahim..
alam dunia...
dan alam barzakh...
sedar tak sedar, kita sekarang berada di alam yang ketiga..
semakin dekatnya kita dengan alam barzakh..
astagfirullah hal azim..
takut bila aku ingat pasal mati nie..

aku pernah dengar satu quote nie..

setiap hembusan nafas itu mendekatkan kita dengan kematian..

p/s: mati tu wajib sayang... kumpul lah pahala dan tinggalkanlah dosa..
kita tak tahu bila ajal akan menjemput.. 
yang penting kita kena bersedia..
insyaALLAH !!



JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

Tuesday, 26 June 2012

PENYEKAT PERUBAHAN

assalamualaikum semua !!
(+_+)

smiley aku tu macam lain sikit kan this time ?? 
see ?? kelainan aku la tu untuk entry kali nie..
kali nie aku nak cerita tentang orang yang menyekat perubahan orang lain..

people changed right ??
(tengok.. kan aku dah speaking nie)
kenapa la orang2 melayu kita nie cetek sangat pemikiran ??
jelez ke orang tu nak berubah mak senah ??
mengumpat belakang je tahu kan...
kubur dah cakap mari tu mak senah..

pemikiran orang kita yang tak boleh terima perubahan..
ok la.. aku bagi situasi yang korang boleh faham sikit...
ape tu sikit ?? alaaa... yang sikit tu sikit la.. =D
(lawak ke der pun nak interframe jugak)

SITUASI A
si minah nie seorang gadis yang terlampau kebaratan.. baju semua stok tampal2 je..
tak pernah nak cukup kain tu.. dia punya seksi tu sampai AJK masjid yang yang lalu pun terliur je tengok..
ada je yang kena amik wuduk sekali lagi.. 
oppssss !!!
tapi tu cerita 2 minggu lepas la..
sekarang nie alhamdulillah, dah tertutup semuanya.. 

mak kiah : eh senah.. (mak senah memang suka masuk entry aku kali nie).. aku tengok si minah tu dah bertudung.. mula2 tu aku pun tak kenal.. terkejut belalang aku tengok..
mak senah : laaaaaaa... (panjang tu memang mintak penampar la).. ye ke ?? aku tak tahu pun... bila kamu nampak ?? kat mana tu kiah oii ??
mak kiah : semalam.. aku jumpa dia dekat warung Pak So'od.. tertutup satu badan.. mula2 aku ingatkan anak dara siapalah yang alim sangat tu.. baru nak jodohkan dengan si Masdud tu..
mak senah : eh.. kau nie kiah.. Masdud tu tahulah nak atur hidup sendiri.. sekarang zaman Samsung la.. dah tak da orang pakai Nokia sekarang nie..
mak kiah : hehe.. dah2.. agak2 kau la senah, kenapa la si minah tu berubah macam tu ?? dah nak kahwin ke ?? 
mak senah : mana la aku tahu kiah.. entah2 saja pakai baju besar bertutup bagai sebab nak tutup perut boyot tu... kau bukan tak tahu si minah tu.. 
mak kiah : betul jugak.. mustahil dia boleh berubah ka.. kalau jahat tu, jahat jugak la macam mana pun..

minah says 
"Ya Allah, Kau tetapkan lah hatiku kearah kebaikan.. Kau bimbinglah aku ke jalan yang Engka redhai..
Kau ampunkanlah segala dosa2 ku.. amin Ya Rabbal Alamin"

tengok ??? 
kita nie tak tahu apa ada dalam hati seseorang.. tak payah la judge bagai nak rak..
kita bukan tahu pun apa yang jadi dekat dia.. maybe Allah sayang dia and nak dia berubah.. 
sepatutnya, kita cermin diri kita.. dah cukup istiqamah ke kita nie ??
dah cukup bekal ke nak bawa pergi sana nanti ??

p/s : kepada mak senah dan mak kiah, bertaubatlah anda sebelum terlambat.. nanti si minah nie juga nak meramaikan majlis kenduri arwah anda berdua .. 
=D


JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

Sunday, 24 June 2012

THE GREATEST LOVE

assalamualaikum semua sahabat2 ku yang disayangi...
=)
sementara nak tunggu azan maghrib berkumandang, aku rasa eloklah kiranya aku meng"update" blog aku sekejap...
cewaaahhhhh !!
(ayat kau memang tak boleh blah cik ejat oi...)
the heart say "whatever".. haaahh.. gitu...

sebenarnya, aku terbaca satu quote kat facebook..
konon-konon tulis macam nie la..

"dear heart, why must you love someone that does'n love you ?? ALLAH loves you very much..
so, why dont you love Him back ?? im sure u'll be very happy until Jannah !!"

seriously, that very true...
kenapa kita perlu bazirkan kasih sayang dan rasa cinta kita kepada orang yang tak sepatutnya..
cinta kepada Allah adalah yang sebaik2nya..
cuba tengok Rabiatul Adawiyah..
dia sangat takut untuk berkahwin....
dia takut rasa cintanya kepada Allah akan berkurang sekiranya dia mempunya suami..
Subhanallah !!

zaman sekarang nie..
ayat semua tak boleh blah..
stok2 jiwang karat..

kau la segalanya sayang..
akan ku petik bintang dan kubawakan bulan kepadamu..
kau lah cinta matiku


haaaakkk tuuiihhhh !!!
sembang boleh la bro...
ayat uh kalau bagi kat semut, boleh mati semut tu..
terlalu manis..
orang kalau makan benda manis2, then kena kencing manis...
bahaya untuk kesihatan !!
jangan jadi pembunuh ye..

ape tu yang stacy cakap uh..
pencabul kalbu..
gila gempak !!
HAHA












JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

REHLAH UKHWAH MAHABBAH

assalamualaikum semua !!
=D
alhamdulillah.. kita masih bernafas diatas muka bumi ciptaan ALLAH S.W.T yang indah nie..

pada tarikh 23.6.2012, bertempat di Pantai Puteri...
aku ada join 1 aktiviti anjuran kelab BADAR.. 
stands for Badan Dakwah dan Rohani..
BADAR nie merupakan satu kelab yang aktif di UTeM nie..
sebenarnya, BADAR nie adalah satu kelab yang bagus.. mengajar kita lebih mengenal ISLAM.. saling berkongsi pandangan dan pendapat mengenai ISLAM dan isu-isu semasa yang berkaitang dengan masyarakat terutama golongan pelajar...

aku tertarik dengan aktiviti yang dijalankan..
masa mula-mula sampai tu, aku ingatkan kitaorang semua akan berseronok sahaja..
pada pukul 7.30 pagi, kai semua berkumpul then naik bas..
sampai kat sana lebih kurang pukul 8.30 macam tu la..
kami diberi sedikit taklimat dan seterusnya bersarapan..

aktiviti pertama yang dijalankan ialah membuat layang2 mengikut kreativiti masing2.. asalkan layang2 tu boleh naik..
kami dibahagikan kepada 8 kumpulan.. 
4 kumpulan muslimin dan 4 kumpulan muslimat..

eh2.. !!!
sebelum tu aku ada satu benda nak bagi tahu nie..
macam yang aku tulis kat atas tadi, BADAR nie adalah satu kelab yang ditubuhkan untuk membantu kita lebih mengenal ISLAM...
yang menariknya, aktiviti kami tadi dihadiri oleh dua orang non-muslim..
hah !! jangan buat muka terkejut kera tu.. ye.. betul..
masa Teha bagi tahu aku pun, aku macam nak percaya tak nak percaya je..
tapi alhamdulillah, ALLAH memudahkan segalanya...

malangnya, layang2 kumpulan aku tidak berjaya dinaikkan.. 
tapi, aku semua tidak berputus asa.. hehehe =)
rupa2nya, ada sebab kenapa kami diberikan aktiviti membuat layang2..
kawan2, hidup kita umpama layang2...
kalau tiada tali yang panjang, angin yang kuat mesti layang2 tu tidak akan naik..
begitulah kehidupan kita.. 
cabaran dan dugaan yang datang tu umpama angin yang kuat..
layang2 kita mungkin akan terkoyak ataupun tetap teguh walau dipukul angin..
ujian yang diberikan dapat diatasi jika kita mempunyai pegangan yang kuat..

selepas itu, kami membaca al-Mathsurat bersama2..
then, kami semua dikumpulkan untuk diberitahu apa aktiviti seterusnya..
kami adakan permainan bola sepak pantai !!
yang bestnya, kami akan jalankan aktiviti ini dengan dua versi...
versi pertama ialah bermain dengan mata yang tertutup dan versi yang kedua ialah bermain dengan mata yang celik..
alhamdulillah, group aku menang dengan jaringan 6-1..
3 gol dijaringkan oleh aku dalam keadaan mata yang tertutup..
hehehehe =D

selepas itu, kami diberi sedikit pengisian tentang apa yang terjadi di SYRIA sekarang..
jatuh airmata aku bila aku mendengar cerita yang disampaikan oleh rakanku..
ada sekumpulan kanak2 yang sedang berlari..
wartawan ini terpandang seorang budak kecil dikalangan kanak2 itu..
astagfirullah hal azim !!!
kanak2 itu kudung kedua2 tangan dan buta sebelah matanya..
wartawan itu memanggil kanak2 itu untuk bertanya sesuatu

wartawan : adik, berapakan umur mu ??
adik : aku berumur 9 tahun..
wartawan : bagaimanakah kamu menghadapi kenyataan ini ??
adik : tiada apa yang dapat aku ucapkan melainkan alhamdulillah, alhamdulillah dan alhamdulillah..
wartawan : tidakkan kamu merasa sedih ??
adik : aku bersyukur walaupun aku kehilangan tanganku, aku masih mempunyai kakiku... lagipun, tangan aku ini sedang menunggu aku di syurga..
wartawan : bagaimana dengan matamu pula ??
adik : tuan, aku bersyukur kerana masih lagi boleh melihat dengan sebelah mata.. ada lagi yang lebih teruk dari aku kerana mereka langsung tidak boleh melihat.. dan aku berdoa agar ALLAH mengekalkan mataku yang sebelah ini agar aku dapat melihat kemenangan ISLAM !!

ALLAHUAKBAR !!! 
bayangkanlah, adik tu baru berusia 9 tahun..
tapi, imannya tetap teguh walaupun diuji sebegitu berat..
tak terbayang sakit yang terpaksa adik tu lalui.. 
tak tertanggung kesedihan yang dialami..
hakikat yang dia harus terima ialah tidak sempurna anggota badan sehingga dia meningga dunia..
astagfirullah hal azim..

aku rasa kerdil.. kerdil yang teramat !!
ujian yang tidak seberapa pun aku sudah mengeluh..
belum lagi aku diuji dengan dugaan yang berat.. 

YA ALLAH, Kau selamatkanlah sahabat2 kami di bumi SYRIA..
Kau lindungilah mereka YA ALLAH !!
Kau berikanlah kekuatan untuk terus bertahan demi menegakkan keadilan...
amin ya rabbal alamin !!





JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN

Sunday, 17 June 2012

ABAH

assalamualaikum semua !!
=DD

hari nie aku tulis 2 entry.. 
hah amik !!! HAHA

first of all..
HAPPY FATHER DAY !!

to my abah, Muhamad Ridzuan Ariffin..
selamat hari bapa !!
=D

see?? walaupun aku dah 19, still aku didukung...
thats the beauty of being your one and only daughter, abah !!

terima kasih kerana menyempurnakan hidup ini..
terima kasih kerana sabar melayan kerenah anakmu ini..
terima kasih diatas kasih sayang yang tidak pernah berbelah bagi..
terima kasih diatas setiap titisan peluh demi untuk memberi sesuap nasi kepada diriku..
aku bersyukur kerana mempunyai seorang ayah seperti mu..

ABAH !!
I LOVE YOU !!




JARI YANG MENAIP : EJAT RIDZUAN