assalamualaikum u olss !!
anda semua sihat ??
bagus !! =D
ada permintaan yang nak aku tunaikan kat entry aku kali nie..
apa yang orang tu mintak tak adalah susah sangat untuk aku tunaikan..
just tulis pasal love !!
yes !! LOVE baby !!
cinta bagi aku suatu perasaan yang kadang2 membawa kebaikan dan kadang2 membawa keburukan..
cinta itu fitrah manusia...
setiap manusia akan merasai rasa cinta...
sebab itu setiap manusia dijadikan berpasang-pasangan..
untuk mencurahkan rasa cinta yang diberikan ke jalan yang benar, kita haruslah memastikan orang yang menerima cinta itu menghargai kita seadanya..
cinta sesuatu yang subjektif..
sebagai umat ISLAM, ofcoz la cinta yang paling baik sekali ialah cinta kepada ALLAH S.W.T..
Allah tidak akan pernah mengecewakan kita.. tidak pernah meninggalkan kita...
cinta yang seterusnya adalah terhadap para Rasul dan sahabat2 yang lain..
cinta kepada ibu bapa adalah salah satu tanda kita mencintai ALLAH S.W.T !!
jika kita tidak mencintai kedua ibu bapa kita, maka kita juga tidak mencinta pencipta kita..
bila bercakap pasal cinta, semestinya kita memikirkan tentang pasangan..
yang mana suami dan isteri..
jodoh, maut, rezeki.. semua itu adalah rahsia Allah..
tiada sesiapa pun mengetahuinya..
hari ini, cinta telah disalah tafsir..
bagi golongan remaja, cinta kepada pasangan adalah segala2nya...
tidak langsung memikirkan pahala dosa, halal haram !!
dsanggup menyerahkan segala2nya sebagai bukti kononnya itulah tanda kesetiaan dan sayang mereka..
cinta yang tidak disemai dengan baik..
cinta yang tidak dibajai dengan baja yang berkualiti,..
cinta yang tidak ditanam di tempat yang sepatutnya..
cinta itu akan layu..
cinta itu akan gugur...
cinta itu akan tumbang...
sayang, cinta itu sangat indah jika pengisiannya penuh dengan ilmu..
tiada cinta yang lebih hebat melainkan cinta kepada ALLAH S.W.T !!
kejar cinta itu..
INSYAALLAH, hidup kita akan bahagia !!
p/s : aku tidaklah mempunyai pengetahuan tentang apa itu cinta yang sebenarnya.. tapi aku yakin dan percaya bahawa cinta kepada ALLAH adalah cinta yang paling agung di dunia ini...
apa yang aku kongsikan adalah sekadar luahan hati, pandangan dan mungkin sedikit pengalaman.. !!